Dec 09 2008
Salam Aidiladha..
-
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kejayaan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.
-
Raya Aidiladha tahun nie, buat pertama kalinya disambut bersama suami & keluarga mertua. Tentunya suasana dan rasa yg berbeza. Yelah..selama nie dah biasa dgn keluarga sendiri. Belah pagi, aku di rumah mak mertua aku di Ampang (itule pengorbanan aku..ecehh!). Lepas zohor..balik ke Selayang (yeayy..nasible tak jauh kan?!). Hujan..dari pagi sampaile ke petang.
-
Raya Aidiladha tahun nie..aku tak dpt menikmati sepenuhnya juadah yg ada. Sbb aku sakit tekak!!! Batuk. Nak telan makanan pun sakit. Huhu. Dah makan ubat doktor..masih belum berkesan. So, aku pegi beli Fisherman’s Friend.
-
Raya Aidiladha tahun nie juga merupakan sambutan harijadi dua org yg aku kenal. Cik Zuril & Tisya (adik ipar aku). Selamat harijadi buat kalian. Semoga panjang umur & murah rezeki.
-
-
